Isnin, 28 Februari 2011

NOTA~ Simpan Kira Tingkatan 3 (Elektif)

IMBANGAN DUGA
Maksud 
Suatu senarai baki debit dan baki kredit yang diambil dari lejar akaun-akaun pada suatu tempoh itu.

Tujuan
- Menguji ketepatan catatan bergu
- Menguji ketepatan pengiraan (semasa mengimbangkan akaun di catatan bergu)
- Memudahkan penyediaan akaun penamat(Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan  Kunci Kira-kira)

Formula
Debitkan
  •  Akaun Aset (Akaun Bank, Akaun Tunai, Akaun Kenderaan, Akaun Perabot, Akaun Premis, Akaun Kelengkapan Pejabat, Akaun Penghutang dll )
  • Akaun Perbelanjaan ( Akaun Sewa, Akaun Belanja Am, Akaun Kadarbayaran, Akaun Komisen Diberi dll)
  • Akaun Belian
  • Akaun Ambilan

Kreditkan 
  • Akaun Modal
  • Akaun Liabiliti ( Akaun Overdraf, Akaun Pemiutang, Akaun Pinjaman dll)
  • Akaun Pendapatan( Akaun Komisen Diterima, Akaun Sewa Diterima dll)
  • Akaun Jualan

                            ~                              



1 ulasan: