IMBANGAN DUGA
Maksud
Suatu senarai baki debit dan baki kredit yang diambil dari lejar akaun-akaun pada suatu tempoh itu.
Tujuan
- Menguji ketepatan catatan bergu
- Menguji ketepatan pengiraan (semasa mengimbangkan akaun di catatan bergu)
- Memudahkan penyediaan akaun penamat(Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira)
Formula
Debitkan
- Akaun Aset (Akaun Bank, Akaun Tunai, Akaun Kenderaan, Akaun Perabot, Akaun Premis, Akaun Kelengkapan Pejabat, Akaun Penghutang dll )
- Akaun Perbelanjaan ( Akaun Sewa, Akaun Belanja Am, Akaun Kadarbayaran, Akaun Komisen Diberi dll)
- Akaun Belian
- Akaun Ambilan
Kreditkan
- Akaun Modal
- Akaun Liabiliti ( Akaun Overdraf, Akaun Pemiutang, Akaun Pinjaman dll)
- Akaun Pendapatan( Akaun Komisen Diterima, Akaun Sewa Diterima dll)
- Akaun Jualan
~